Wednesday, 24 June 2015

ESEI TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Pendidikan merupakan satu aspek penting dalam kehidupan setiap individu. Ia bermula di rumah seawal dari selepas kelahiran sehinggalah seorang individu tersebut menutup mata. Pendidikan juga adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat, iaitu tiada limit umur di tetapkan untuk seseorang individu itu berhenti dari mengajar dan belajar.

Pada era millennium ini juga, seseorang individu yang tidak ada pelajaran atau berpelajaran rendah akan di pandang rendah dan tidak ada nilai apabila pergi kemana-mana institusi pekerjaan dan lain-lain institusi. Pada masa kini juga, zaman cerdik IT segala maklumat yang di perlukan hanya di hujung jari. Petik sahaja jari anda, atau tekan saja keyboard pada telefon pintar android, laptop, tablet , computer, sekelip mata sahaja maklumat dapat di perolehi.

Apa itu teknologi ? Teknologi adalah pengetahuan yang sistematik dan terancang dalam usaha-usaha yang di jalankan secara lebih praktikal ( Galbraith, 1967 )

Apa pula yang di maksudkan dengan inovasi ? Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan-cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti. Proses ini boleh berlaku secara radikal ( mendadak ) atau secara beperingkat sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan.

Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian, dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkat kan produktiviti.

Teknologi pendidikan pula adalah kombinasi proses dan alatan yang terlibat dalam usaha menyahut keperluan dan masalah pendidikan, dengan penekanan kepada proses mengaplikasikan alatan terkini seperti komputer dan teknologi berkait ( Roblyer and Edward 2000 ).


Untuk menjadi pengajar pada zaman sekarang, seorang guru atau tutor atau pensyarah perlu mempunyai ciri-ciri seperti di bawah :
   1. Menguasai subjek ( kandungan kokurikulum ).
   2. Mahir dan berketrampilan dalam pedadogi ( pengajaran dan pembelajaran ).
   3. Memahami perkembangan pelajar dan menyayangi mereka.
   4. Memahami psikologi pembelajaran ( cognitive psikologi ).
   5. Memiliki kemahiran kaunseling.
   6. Menggunakan teknologi terkini.
   7. Berinovatif.
   8. Kreatif.
   9.Pemikiran strategik.
Kesemua ciri-ciri di atas amat penting untuk seseorang pengajar kerana cabaran untuk mengajar pelajar-pelajar pada masa sekarang yang lebih mencabar mental dan fizikal. Ini adalah kerana pelajar-pelajar sekarang mempunyai ciri-ciri pelajar pada abad ke 21 iaitu :
   1. Berupaya membuat hubungkait.
   2. Bijak menyoal.
   3. Yakin apabila berkomunikasi dengan audien dan pengajar.
   4. Sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
   5. Bersifat ingin tahu.
   6. Sentiasa menjana idea-idea sendiri dan hasil perbincangan bersama ahli kumpulan.
  7. Bersifat fleksibel
  8. Tidak berputus asa.
  9. Mendengar dan membuat refleksi dari pembelajaran yang diterima.
  10. Berkemahiran kritis.
  11. Menguasai kemahiran literasi.
  12. Berani mencuba.
  13. Mampu berfikir sendiri.
  14. Membuat inisiatif.
  15. Mampu bekerjasama dengan orang lain.
  16. Membuat perubahan
  17. Berkeperibadian tinggi.

Kesimpulannya, untuk menjayakan aplikasi teknologi dan inovasi dalam pendidikan pada masa kini, perlu ada strategi pengajaran yang inovatif  iaitu pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek,  pembelajaran elektronik, dan pembelajaran berasaskan laman sesawang.

6 comments:

  1. Sesungguhnya, teknologi inovasi dalam pendidikan merupakan aspek yang amat penting dalam kehidupan setiap individu.

    ReplyDelete
  2. Membudayakan ICT kepada para pelajar haruslah bermula dari sekolah rendah lagi agar kemahiran ini terus dikuasai sehingga pelajar ini ke peringkat sekolah menengah seterusnya hingga ke peringkat Universiti

    ReplyDelete
  3. Seharusnya masyarakat harus mahir dan peka terhadap perkembangan ICT pada zama moden ini...Subjek ICT harus dijadikan subjek utama di semua sekolah agar perkembangan pelajar seiring dengan perkembangan teknologi dunia.

    ReplyDelete
  4. Salam. Seiring dengan kecanggihan teknologi terkini semua orang seharusnya bijak dan mahir dalam menggunakan ICT ini. Semua individu haruslah bijak menggunakan teknologi ini agar tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  5. ICT sangat penting dalam era pembangunan sekarang,jadi dengan demikian ICT perlu di dedahkan pada peringkat awal lagi iaitu di peringkat sekolah.Ini menjadikan semua pelajar mahir dalam bidang ini apabila berada dalam peringkat universiti.

    ReplyDelete
  6. salam semua. wah rancak berbual you. bercakap mengenai ICT &inovasi saya teringat inovasi yang saya cipta semasa kecil. kad raya daun. apa susah... tulis je "selamat hari raya" atas daun dan lepas tu buat sampan kertas layarkan di sungai.

    ReplyDelete